Friday, December 26, 2008

Latar Belakang Syarikat Bestari Agro

Bestari Agro merupakan sebuah syarikat bumiputra milikan tunggal yang beroperasi di Melaka yang menjalankan projek penternakan kambing. Ditubuhkan dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat Malaysia 1965 pada bulan Jun 2008. Syarikat telah bekerjasama dengan beberapa individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas didalam industri dan bidang penternakan, pemeliharaan dan perdagangan serantau.

Matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi antara pembekal ternakan kambing hidup dan daging dengan rangkaian pemasaran seluruh negeri Melaka khususnya, mahupun keseluruhan Malaysia amnya. Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing.





No comments:

Post a Comment